Sunday, 17 March 2013

Cerita di sebalik OVERNIGHT!!!

Assalammualaikum w.b.t...

Semalam Cik Titie dan rakan-rakan, buat plan gila, kerja gila memang perangai tak betul tapi alhamdulillah bersyukur kami selamat. Uolls mesti tertanya-tanya, apekebenda yang jahat sangat lah aku dah buat kan?? jeng! jeng! jeng! (sambil bunyi drum masa nak bagi anugerah tuh)

                                     -OVERNIGHT-

Selepas makan bbq di rumah bonda, adalah si polan  ni, zatie jom overnight? aku pun mcm err err boleh ke? guard tak marah keluar malam-malam..HAHA nampak tak punyalah baik aku? baiklah sangat...

then pikir,punya pikir aku pun setuju, tapi takkan kami bertiga perempuan?? aku pun macamm, weyh selamat ke? aku bukan apa kita perempuan bahaya keluar malam-malam nie kita tak tahu apa jadi kat luar nanti, sekurang-kurangnya kita kenalah bla bla bla... *TIPS 1* kaum-kaum hawa diluar sana elakkan keluar tengah malam seorang diri atau tak berapa ramai tapi wanita je, sebab agak bahaya lainlah kalau korunk ada tali pinggang merah biru kuning hitam kan dan korunk reti ganti tayar or baiki kerata rosak kan...heee

Kami pun pikir punya pikir, masalahnya...kita nak ajak siapa?? _blank_satu jam kemudian, taraaaaa... ada lah orangnya si polan nie. Thanx sangat-sangat kepada orang itu "S" bukan nama sebenar...

Dah keluar dari upm, korunk nak pergi mana nie? nampak tak, takde hala tujuan kat situ..Cik Titie pun,  pergi downtown cheras nak tak?  setelah mendapat persetujuan semua kami pun berada di tempat tersebut..



itulah dia gambar sekitar downtown, maaf kualiti gambar kurang baik guna fon  je yo0p! heee

lepastuh pikir lagi nak pergi mana lagi nieh? nak balik u memang tak boleh, erm pikir punya pikir jawapan dia lepak mamak. Uolls tahu mamak mana? tuhaaaa mulana dekat the mines tuh..lepak rupanya ada bola, so jawapan dia lama lah jugak dekat situ..

Next, tengok jam baru pukul 3.45 cam tuh so nak pergi mana lagi woiii?? mata dah mula kuyu..errrr ok jangan pikir lain, sebenarnya tujuan utama nak overnight adalah si polan yang mengajak nie nak pergi JAMBATAN dekat PUTRAJAYA katanya nak release tension...

mencari jambatan yang best untuk di duduki, aku pun cakap Cik Titie suka jambatan yang kat PICC uh.. so kami pun melepak di situ..dan bagi time and space dekat si polan release tension sepuas-puasnya..

Betul kata orang jika kita ada masalah pandanglah ciptaan TUHAN yang begitu luas nikmatnya seperti tumbuhan hijau, lautan air yang bergelora, langit yang luas terbentang dan sebagainya..

Apa yang Cik Titie nak kongsikan, jika kita lihat ciptaan tuhan yang begitu agung, sungguh kerdil diri ini sungguh hina diri ini...dan aku suka sangat sebab "S" yang kami ajak, rupanya tak sia-sia banyak cerita, nasihat dan perkongsian yang kami dapat..terima kasih "S" dan maaf sebab terpaksa berjaga :)

To orang yang ajak ke jambatan, moga masalah yang mendatang dapat dihadapi dengan tabah dan cekal, menangislah kamu sepuas-puasnya kerana air mata itu mampu memberi kekuatan pada diri.

kepaada rakan-rakan yang meneman setialah kamu berada di sisi kawan-kawan walau tika suka dan duka, thanx uolls *big hugs*

Antara petikan yang paling aku suka dalam perbualan kita orang... Tidak kira apa/siapa datang masalah pergi pun masalah semuanya terletak pada diri kita sendiri untuk menangani masalah dan jangan cepat melatah dan berputus asa kerana kita tidak pernah putus dari tempat pergantungan melainkan kita sendiri yang memutuskan dengan melupakan PENCIPTA kita, dari DIA kita datang dan dari DIA juga kita kembali. Hadapi hidup ini dengan cekal, kuatkan semangat kerana kita tidak pernah bersendirian di dunia ini ;)

dengarlah lah lagu benci tapi rindu, serius aku suka lirik dia "kau datang dan pergi sesuka hatimu, owhh kejamnya dikau, teganya dikau..." (hujan pulak aku nyanyi habis satu lagu nanti) tapi bagi aku siapa yang memahami lirik dia sungguh banyak makna tersirat..


*nota kuku kaki*
- selalu tanya orang keluar masuk guard lewat2 korunk tak kena tahan ke? semua jawab tak pernah tapi time aku je mesti kena..nampak sebenarnya Allah nak lindung aku dari asyik keluar je..thanx  god :)
-perempuan kalau boleh tak payah lah kerap keluar lewat malam, seumur hidup 20 tahun ini kali ke-dua aku overnight tapi kali pertama dengan kawan-kawan  sebab yang satu lagi dengan family.
-perempuan belajar kawal emosi dengan sebaik mungkin.
-belajar terima dan dengar nasihat orang, jangan pentingkan diri.

Sekian, sahaja buletin minggu ini. (owh esok isnin Cik Titie ada test 1 doakan moga dipermudahkan ye..)


                                       "JAGA DIRI, JAGA HATI, PERKASA PERIBADI"

No comments:

Post a Comment