fuhh fuh.. (konon tiup habuk kata koo) hahaha lama gila aku tak update new entry kan, hurmmm yela xde story yang nak aku story kan. But kali nie Cik Titie ada cerita baru tau...yabedaaaabeduuuu... cerita dia bermula begini, sepatutnya aku pergi kem Rakan MPP kat sungai siput bersama dengan syikin akan tetapi last minit i have to cancel it b'coz of dapat panggilan dari pusat koko yang aku dapat jugak interview sime darby tuh..so bye sungai siput xde rezeki untuk Cik Titie kesana. And sori syikin sebab awk terpaksa pergi sorang-sorang.
Apa kaitan dengan pulau kapas pulak Cik Titie oi???
Okay kaitan dia begini, syikin nak tumpang dekat rumah aku sebab dia nak pergi kem lagi. Aku pun fuyo0o0o0o0!! Baru balik kem nie pergi kem lagi? Kem apa pulak kali ini? kikin pun story lah yang dia pun got message from mpp berkenaan kem di PULAU KAPAS, TERENGGANU nie..aku pun dengan muka tak malu, kalau Cik Titie nak join boleh tak?? (ni nama nya muka tembok, orang tak ajak sibuk mengendeng nak pergi kan) HAHAHA keyysah pulak aku ni semua angkara kerja yang aku cari satu pun tak telefon panggil aku kerja so aku dah kebosanan, kepisangan, keboringan, ke segala ke lah dekat rumah tuh! Sebab tuh aku terhegeh-hegeh kan diri nak join kem. So, nak dijadikan cerita aku ada tweet entah macam mana si kak alya pun nak join makanya aku dan kak alya menjadi insan terpilih oleh-Nya melalui dari syikin yang bertanyakan ke mpp itu jadinya kami pun dapat join....
KEM TRANSLEAD MAKLUM 2013 (LEAD 1)
"Transformasi Nilai, Minda & Fizikal :SURVIVAL LAUT & PENGHAYATAN WARISAN"
Kem ini berlangsung selama 3 hari iaitu 30jun-2julai 2013. Sebenarnya kita orang blur je pada mulanya, tak tahu pun kem pasal apa, sehari sebelum nak pergi dapat call dari bhep yang mengatakan just bawak baju,torchlight,kasut dan jangan bawak sabun itu sahaja. Cik Titie langsung tak tahu tentatif,nama kem, berapa orang pergi, semua tak tahu zero=0 okayy? yelaaa biasa lah bila dah peringkat IPTA kadang-kadang aktiviti-aktiviti nie full of surprise. So sehingga lah tiba harinya sebelum bertolak barulah diberi taklimat mengenai kem nie survival sea. PERGGHHHH!!! dengar je nama kem bergetaqq lutut bak hang, uolls bayang lah kene survive kat laut?? xpernah aku buat weyhh..so masa tuh a bit shocked, excited dan macam-macam lagilah perasaan. Dan paling terkejut dia kata kem ni gabung dengan universiti lain, lagilah aku macam melopong sikit nasib lalat tak masuk mulut Cik Titie tau...mereka pesan yang 16 orang kami ni bawa nama UPM jadi jaga segala-galanya okay..
Perjalanan kami bermula pada 29 jun jam 7.00 petang berkumpul di astaka seni dan bergerak ke detinasi pertama UMT untuk sesi pendaftaran dan sarapan pagi. Makkk aihh bila sampai sana kami ni UPM, golongan minoriti hanya 16 orang je, uni lain semua 20 lebeyh ke 30 lebeyh lebeyh tau..hehehe selepas siap bersarapan kami pun bergerak ke jeti untuk ke PULAU KAPAS. yeayyyy!!! excited weyhhh nak jadi orang pulau. Setibanya disana biasalah acara perasmian dan terus buat water confident. Can u imagine it?? water confident di laut which mean aku yang tak reti berenang kene berenang di tengah-tengah lautan...hurmmm waa rasa nak nangis tauk?? dari pantai tuh nak ke bot! Ya Allah tuhan je tahu betapa terkapai-kapainya aku masa tuh penat cramp, tapi aku kuatkan semangat orang lain boleh kenapa aku tidak kan? heeee so jomm kita terkapai-kapai dekat air..
Lepas tuh kami berehat makan, solat dan slot seterusnya ice breaking dalam kumpulan kecil. Cik Titie dapat kumpulan 4 dengan ahli seramai 25 orang dan kumpulan besar pulak KUMPULAN UDANG dimana kumpulan 3 dan 4 bergabung. Malam pulak kami ada pengucapan awam dimana setiap orang kene bercakap dihadapan dalam masa 1 minit..wat lexx sudaaa! HEHEHEHE
HARI KE-2 (1 JULAI)- kami dipecah-pecahkan untuk buat aktiviti so group udang bermula dengan KAYAK. waaaa nak cakap sama lu heaven kayak tengah laut. Pengalaman pertama syiokkk partner pulak dengan si raaajjjiii tuh yang boleh laahh bolehh laaahh berkayak kan, so aku macam rilexx jee lah kat depan tuh. hehehe thanx rajjji! Seterusnya, SNORKELLING! benda aku paling nak buat dalam hidup dimakbulkan, huhuhu best sangat. Pakai feet dah macam pinggu je rasa dan google tuh. heeee one word SNORKELLING AWESOME! masa 1 jam memang tak cukop untuk Cik Titie lihat keindahan ciptaan tuhan di dasar lautan. Ya Allah INDAH melihat satu kehidupan yang berbeza didasar laut yang penuh warna-warni dan keriangan, kebebasan bergerak sana sini, melihat kedamaian dan ketenangan aku rasa kerdil sungguh diri ini. CANTIK! jagalah taman laut ini tanpa campur tangan manusia durjana yang tamak. Lepas tuh kami JUNGLE TREKKING. hurmm everything okay berjalan lancar bagi aku senang jugak lah..hehe (cakap besar pulakk..poyo je minah nie) bila sampai ke destinasinya sekali lagi aku terpana dengan keindahan khazanah di PULAU KAPAS. mereka namakan tempat itu berakit sebab batu-batunya,sayang Cik Titie tak bawa kamera masa tuh tapi keindahan itu akan kusemat dalam minda. Next, MEMANCING! wowww! again pengalaman pertama memancing tak pernah seumur hidup aku memancing. Lepastuh di tengah lautan pulak tuh, mula-mula ingatkan aku nie mabuk laut. Tapi alhamdulillah rupanya tidak. First experience aku mancing not bad lah aku mampu memancing 4 ekor ikan okayy..heeee Memang survive habis lah aku dekat sini sebab kita orang tidur khemah dan petang tuh hujan, lencunn weyhh petang tuh ada ceramah patriotisme oleh anggota PDRM dan malam dari UPNM dan seterusnya kami kene present konon-konon jadi wakil rakyat pulau kapas dimana kami harus bertanding dan buat manifesto. Malam Cik Titie tido agak lewat sebab yelaa khemah dah basah kami geng-geng UPM lepak dan main game Around The World, Green Glass Door (sampai sekarang aku xtahu strategi dia), teka-teki dan lain-lain.
HARI KE-3( 2 JULAI)- okayyyy hari perpisahan pagi tuh kami kene ketuk ketampi sikit lepas tuh gotong royong bersihkan kawasan perkhemahan dan majlis penutup. Lebih kurang pukul 11 kami bergerak pulang ke jeti dan kami pun sampai di UPM dalam pukul 10 malam.. Alhamdulillah semuanya selamat dan sekarang proses pengelupasan kulit berlaku. yeayyy hitam itu manis okay :) 3 hari jadi orang pulau memang tak mandi, dengan solat je dengan pakaian basah tuh memang aku terasa lah survive dia 3 hari tahan ewaa peyekk ewaa peyyekk beyyakkk! sebab toilet dia paham-paham jelah kan..heee tapi semua itu memang pengalaman terbaikkk untuk aku! In shaa Allah kalau ada rezeki aku nak pergi lagi..heee :) so, dah panjang lebar Cik Titie story kan? now mari tengok beberapa memori yang dapat di snap..heeee..
so sampai disini sahaja coretan kali ini. terima kasih sudi baca dan sudi jenguk (bajet ada orang nak baca lah..) heeee. Last word from me MINTA MAAF sejiranya sepanjang 3 hari kem jika ada buat silap dengan sesiapa terkasar bahasa atau sebagainya maafkan daku. Dan moga ukhuwah yang terjalin dapat dikekalkan :)
Sekian...
"JAGA DIRI, JAGA HATI, PERKASA PERIBADI"
No comments:
Post a Comment