Assalammualaikum w.b.t...
M.A.S.A.L.A.H??? apa tuh?? kenapa mesti dekat aku? kenapa aku je yang alami semua nie??
kau ada masalah apa? apa masalah kau sebenarnya? putus cinta? putus kawan? dikihianati? ditipu? takde duit?dipulaukan? kerja? assignment? personal? family? lepastuhh kau nak sedih? kau menangis air mata darah pun belom tentu selesai kalau kau asyik dokk nangis, termenung sana sini...
weyhh korunk tahu tak aku ada banyak masalah?? korunk sedar tak aku dalam masalah??
kenapa masalah tuh cari aku? kenapa aku je ada masalah?
masalah weyh..... aku sedih lahh :( aku tak tahu macam mana nak hadapi masalah nie!
aku nak lari weyh..sumpah aku tak sanggup hadapi semua ni, aku rasa aku nak lari dari semua kenyataan ini.
aku tak sanggup weyh! KENAPA AKU? KENAPA AKU? apa salah aku?
aku tak sanggup hadapi realiti ni dan aku rasa aku tak mampu selesaikan masalah ni, aku rasa masalah ni makin rumit.. aku tak tahu nak jumpa siapa, aku tak tahu nak percaya siapa, aku tak tahu nak cerita dekat siapa, aku tak tahu apa nak buat! aku KUSUT! aku SERABUT! aku TAK TENTU ARAH! aku TAK TENTERAM! JIWA AKU TAK TENANG!
INGAT! MASALAH itu bukan saja-saja Allah nak bagi kerana DIA lebih tahu apa yang direncanakan..
“Allah tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya”. (QS. Al Baqarah: 286).
Wahai rakan-rakan ada apa dengan masalah?? heyyyy tenang lah! bukan kau seorang ada masalah lah.. semua orang ada. Wake up izzatie! Sedar diri bukan kau seorang..orang lain pun.
Kawan-kawan semua yang hidup pasti ada masalah tersendiri kan? masalah dan manusia memang tak dapat dipisahkan kerana manusia itu tidak sempurna. Kita insan kerdil yang sering melakukan kesilapan.. KEEP CALM AND SOLVE THE PROBLEM.
“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang yang beriman.” (QS. Ali-Imran: 139).
LA TAHZAAN! kalau ada masalah jangan bersedih, jangan berduka. Tenangkan diri dan hadapi dengan cekal.
Ingatlah jika ada masalah, jangan dipendam carilah insan yang anda percayai, berkongsi lah cerita. Jika perlu jumpa kaunselor. Jangan kusutkan fikiran dengan masalah tapi semakkan fikiran cara nak selesaikan masalah. Hadapilah dengan tabah. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali. Back to basic, jika ada masalah jangan lah lupa diri buat perkara bodoh! bunuh diri, vandelisme, memberontak. NO! Ini bukan caranya!
Carilah ketenangan dekatkan diri pada-Nya yang sentiasa ada bersama kita. Pergi ambil wudu' tenangkan diri kau..kau dekatkan diri pada-Nya kau akan jumpa ketenangan. SABAR lah dengan masalah kerana “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Qs. Al-Baqarah 153).
aku tak tahu nak mengadu kat siapa?? Carilah DIA. “Hanya kepada-Mulah kami menyembah, dan hanya kepada-Mulah kami meminta pertolongan” (QS. Al Fatihah 5).
SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF. Setiap yang berlaku pasti ada sebab tersendiri, jadi belajar untuk jadi positif. “Karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (Qs Al-Insyirah 5-6).
Sentiasalah ingat kepada MAHA PENCIPTA pasti ketenangan itu ada. “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram” (Qs Ar-Ra’du 28).
Lepas tugas selesai dengan ALLAH mari selesaikan tugas bersama umatnya pula...bergembiralah dengan keluarga anda, rakan-rakan anda kerana mereka sentaisa bersama anda. Belajar menghargai pasti kita dihargai.
Kalau kau ada masalah kau buat apa? haaaa Cik Titie lepas dah tenangkan diri, pergi bowling ke, pasang lagu jiwang karat nyanyi kuat-kuat. Tak pun benda aku paling suka buat..melihat keindahan ciptaan ILLAHI. pergilah pulau, sungai, hutan..dah kalau tak de sangat tengok gambar pun jadi..tengok ikan dalam akuarium kan dan fikir secara mendalam..fikir dan terus berfikir..akan kehidupan diluar sana, buka minda dan lihatlah dunia kehidupan yang sebenarnya kau akan nampak masalah kau kecik je..berjimba dengan kawan-kawan dan lakukan benda kegemaran. In shaa ALLAH akan dapat berfikir secara rasional lepas tuh..
p/s sesiapa yg ada masalah, TABAH dan CEKAL. jangan segan silu cari Cik Titie sudi jadi pendengar dan mungkin juga penasihat jika mampu :) keep calm and see the world.
"JAGA DIRI, JAGA HATI, PERKASA PERIBADI"
No comments:
Post a Comment