Hye, apa kabar semua? Cik Titie harap semuanya menjalani kehidupan dengan baik dan memperoleh barakah dari-Nya. Let's begin our story meyh..like everybody have already known from the title KEBURUKAN MEROKOK! kalau dah tajuk keburukan so memang isi kandungan dia keburukan jelaaa ye. Post ini sekadar perkongsian dimana untuk lelaki-lelaki, perempuan-perempuan, pak cik makcik dato datin abang kakak adik dan semualah ye...sayangi diri anda, keluarga anda, masyarakat dan alam sekitar. Rokok?? apa tuh?? haaa macam bodoh je kalau ada yang tak tahu rokok tuh apa kan? meyhh aku bagi pelempang kat muka orang tuh...HAHA
haaaaa inilah dia gambar rokok, hamekk kau siap ada nama-nama dia lagi, betol ke tak aku pun xtahu al-maklumlah main copy paste je..huhuhu
KESAN-KESAN MEROKOK
okay, aku rasa tak payah nak membebel panjang lebar kot kesan dia kan, dari gambar yang aku bagi pun dah cukup menunjukkan keburukan rokok tuh sendiri, kang kalau aku membebel lagi muak pulak korunk nak baca.
Kepada semua perokok diluar sana tidakkah anda sayang pada nyawa, dan orang sekeliling anda? tapi bila aku tanya soalan begini sering kali dijawab dengan jawapan begini, alaa rokok nie lah isi kekosongan hidup aku, bantu aku hilang stress, bagi aku semangat bagi aku sihat bagi aku blaa and blaa dan blaa... Aku tak tahu berapa peratus kebenaran kesahihan jawapan-jawapan yang korunk bagi.
Like seriously, aku tak benci pada perokok aku hanya tak suka pada perbuatannya sahaja bukan orang merokok tuh orang jahat pun kann, ye memang TAK sebab ayah aku pun bekas perokok. Alhamdulillah sekarang dia dah berhenti lama dah, harapnya kekal sampai bila-bila. So kepada perokok lain diluar sana anda bila lagi? KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK!!!
Kau ingat senang ke nak berhenti merokok tu ha?? Kau membebel je pandailah buat apa tahu? okay kawan-kawan at least aku ada niat nak selamatkan korunk sebab aku sayang korunk, aku sayang semuanya okay, dengan sifat kasih sayang yang ada ni sebab tuh aku nasihat supaya berhenti especially to all my family, kawan, and sesiapa sahaja lahh haa dan bakal suami juga ye harapnya awak bukan perokok, atau kalau dah merokok harapnya awak dah berhenti. hikhik (okay gatai)
MACAM MANA NAK BERHENTI?
okay cakap senang buat tak mudah kan? tak pe, dari cakap jadilah perbuatan, bukan aku suruh kau terus berhenti pun, kang mati kojol pulak sebab terkejut! HAHAHAHA slow-slow okay. In shaa Allah boleh. Yakin pada diri sendiri :) Tips-tips aku ni basically dari aku sendiri berdasarkan knowledge yang aku tahu jela, salah betol belakang citer ea..nak ikot buat tak nak sudah! engkorang yang rugi..HAHA
1) NIAT.
kawan-kawan apa sahaja perbuatan kita nak buat mesti ada niat kan? Jadi apa lagi? lepas baca nie jomm terus pasang niat nak berhenti ea. NIAT tau jangan tak niat, contoh dia...
"dengan ini aku berazam dan berniat yang aku nak berhenti rokok sebab aku sayang diri aku dan orang sekeliling aku".
niat tuh contoh je aku bagi nak ikot, tak nak buat ayat sendiri yang penting NIAT BERHENTI!
2) TEKAD BERDOA
haa lepas dah pasang niat, jangan lerr hangat-hangat tahi ayam je. Tekad lah, buat bersungguh-sungguh dan berdoa pada Allah supaya dipermudahkan proses nak berhenti ni kan. Macam mana kau bersungguh nak dapat isteri, suami,kreta,motor, rumah dan keredhaan-Nya. Haaaa macam tuh jugak lah kau kena bersungguh selepas dah pasang NIAT BERHENTI.
3) LUPAKAN
bukan suruh korunk hilang ingatan terus. Tapi cubalah untuk lupakan tabiat merokok tuh, kalau dah sebati sangat dalam hidup kau buatlah perlahan-lahan. Faham tak? SLOW-slow in english. jangan terus berhenti kang berhenti jugak denyutan nadi kau. Kalau sebelum nie hisap sehari 2 kotak, make it sehari sekotak, kalau dah sehari sekotak buat setengah kotak, dah setengah kotak buat sehari 10 batang, lepas tuh buat 8,6,4,2, dan 0000000000 haaaa kan boleh? In shaa Allah, yakin pada diri masing-masing sebab everyone of u have your own strength isn't. So berusahalah dengan gigih.
4) ISI MASA LAPANG
bila dah tak merokok mesti macam bosan kan, tak tahu apa nak buat dengan masa-masa yang ada. senang beb! cari hobi baru atau yang dah ada hobi kekalkan. Tapi kalau boleh biarlah hobi yang baik dan mendatangkan faedah, contoh, bersukan, mengaji, baca al-quran, baca buku, gosip, online, tulis blog, tulis diari, bergusti, berlakon, menyanyi, ehh apa-apa jelah ea yang berfaedah untuk diri korang dan masyarakat buatlah kecuali ROKOK! Don't u ever wanna to touch it again, bukan apa takut tak boleh kawal nafsu lagi..
5) TAWAKAL
berhenti rokok pun nak tawakal ke?? ehhhh haruslah! setiap benda yang kita buat, usaha doa dan tawakal. Jadinya bila engkorang dah berusaha dengan gigihnya untuk berhenti, kemudian bertawakallah pada Allah. Kita datang dari-Nya dan kembali juga pada-Nya. Jadi selamat berusaha,berdoa dan bertawakal.
Akhir kalam, terima kasih sudi baca bebelan aku yang panjang nie, selamat mencuba rakan-rakan. Aku sentiasa doakan agar korunk ada usaha ke arah niat yang suci murni ini. Percayalah ramai orang akan suka dengan tindakan ke arah ini. Semoga anda semua berjaya. All the best :)
No comments:
Post a Comment