Wednesday, 18 September 2013

Malam Tunas Budaya (MTB) #UPM

Assalammualaikum w.b.t...

Hari ni Cik Titie rajin nak menulis pasal MTB. Untuk pengetahuan uolls zaman Cik Ttitie namanya Malam Tunas Putra but this year i don't know why bertukar ke MTB. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting objektif dan pengisian serta sasaran dia sama je.

MTB nie adalah satu majlis yang bagi aku memang BERPRESTIJ tau untuk junior-junior yang menjejak kan kaki ke UPM. Dan aku rasa MTB sangat bagus dan berguna sebab platform kepada pelajar baharu untuk menonjolkan bakat-bakat terpendam atau pun mengasah bakat-bakat yang ada.

Serious talk majlis nie ledarrrkkk sebab dewan besar memang penuh. Aku memang terkejut malam tadi tengok keadaan dewan yang dibanjiri dengan pelajar-pelajar UPM sendiri. Yelaaaa sebelum nie aku tak jadi penonton aku jadi krew produksinya.

17/9/13- Berlangsungnya MTB 2013 berkonsepkan live band musical dan tema patriotik. Okayy aku bukan nak cerita pasal MTB yang kali ni tapi pasal zaman kegemilangan aku iaitu MTP. For your information, Cik Titie join benda alah nie..memula tuh rasa macam terseksa jiwa dan raga terkorban masa dan tenaga tapi serius sebenarnya benda alah nie AWESOME. Masa zaman aku dia punya konsep BORIA dan tema INOVASI CERITA RAKYAT.

Kolej aku membawa cerita rakyat PUTERI HANG LI PO, dan dan guess what aku jadi pelakon kot..sebagai DANG WANGI. Walaupun atas pentas scene aku tuh dalam berapa patah je.. ecece pergh berlatih dia berjam berminggu...haihhh serius penat!

Kalau cerita macam mana aku boleh dapat? perghhh ni lagi lah aku rasa jahil je..memula audition memain je kat kolej pastuh terpilih audition sekali dengan kolej gabung tuh, citer dia aku audition bawak watak cacat je..kalau korunk ingat cerita dulu-dulu ada bdak yang nama MARIAM tuh certia tuh sedih yang dia cacat jalan kaki kepit (okay xtahu nak describe) tapi serius lakonan dia manto0o0o0pppp! So, masa audition aku buat watak tuh je tanpa mengeluarkan sebarang suara sekali dapat kau.. nie semua gara-gara pengarah MTP masa tuh si SYAKIR.

Nak dipendekkan cerita aku pun menjalani latihan, uolls bayang lah bila inovasi mestilah sesuatu yang ditukar versionnya kan? kau tahuu aku kena jadi DANG WANGI GEDIK LOGHAT KEDAH??!! ohmaiiiii sepanjang berlatih rasa nak melelehhh air mata gua nie.. yela terpesong dari watak gangster lagi macho gua...haishhh tapi time nielah aku kena buktikan aku boleh, aku kena cabar diri aku sendiri.

Bila sampai ke hari pertandingan gemuruh dia tak payah cakaplah kan..memang berdebar. Tapi serius lah bila sampai satu tahap tuh kau akan rasa kau nak ALL-OUT habis lepaskan tension. Malam tuh juga merupakan malam penentuan kau boleh atau tak.. dipendekkan cerita ALHAMDULILLAH KPZ menang NAIB JOHAN, PENGARAH TERBAIK dan yang paling gempakssss lagi LAKONAN TERBAIK! uollss boleh bayang tak betapa gembiranya perasaan itu walau aku berlakon hanya picisan aja..padahal HANG LI PO tuh yang comel sangat sampai juri tertawan mungkin. Apa-apa pun sebab kami satu team produksi jadi KEMENANGAN itu milik semua.. CONGRATSSSS uollsssss...

Kesan daripada itu sehingga kehari ini gua maintain popular..kahkahkah (okay ni sumpah statement bajet minta terjun bangunan segera) HAHA. Cik Titie cuma nak habaq mai pasal objektif MTB nie je memang sangat meberi kesan lah. Antaranya:-
  1) Popular *poyo*
2) Dapat kenal ramai orang
3) Belajar benda baharu
4) Kau buat benda yang kau tak pernah terfikir kau boleh buat
5) Family dimana kau saling bantu-membantu dan sokong-menyokong antara satu sama lain
6) Belajar bahagi masa
7) Belajar jadi mahasiswa/siswi yang unggul (bukan dokk terperap dalam bilik, hang baik belajar dalam gua)
8) Merealisasikan misi dan visi uni untuk lahirkan pelajar bla bla bla
9) KI- kemahiran insaniah kau dapat dibentuk
10) Dan macam-macam lagi yang malas aku nak hurai..

pesanan penaja: BERGIAT AKTIF LAH SEPANJANG BERADA DI UNIVERSITI :)

















maaflah ada gambar yang tak rotate. Malas guaa nak pi rotate..hewhewh nielah gambar sekitar MTP yang aku memang rindui. Bila semalam tengok dia orang atas pentas..perghh gua rasa nak naik je atas tuh..(overnya pompan nie kekwat je lebeyhh... heee tapi itulah realitinya)

No comments:

Post a Comment