Wednesday, 11 September 2013

KPO 2- PULAU PANGKOR

Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah pada 21/8/13 aku telah selamat kembali ke Kolej Pendeta Za'ba, UPM SERDANG.

kau buat apa balik awal sangat zatie oi??

haaaa nie lah story dia, aku kena balik awal ke kolej sebab aku ada kursus. Aku sebenarnya telah dilantik sebagai setiausaha Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Pendeta Za'ba sesi 2013/2014. Pada mulanya aku tak dapat terima hakikat nie yela korunk banyangkan lah gua muka gangster hati kental nie dapat kerja untuk gadis-gadis ayu yang cantik meletop-letop tuh..gua yang clumsy tak suka bawa buku catatan kena berubah 360 darjah kepada gadis yang suka mencatat. Ohmaaiii can u imagine it??? haihhhh TAK RELA!

Tapi ayah selalu pesan buat kerja biar minat dan ikhlas, ayah pesan juga sebenanrnya inilah tempoh aku nak belajar segala macam ilmu yang aku tak dapat dalam kuliah tuh..so aku pun perlahan-lahan belajar menerima kenyataan ini dan memang mengharapkan sokongan semua pihak dan jangan lokek beri tunjuk ajar kan insan yang tak tahu apa-apa nie.

Oleh sebab dah jadi MTM, kami kene pulang awal ke kolej untuk menjalani beberapa kursus di mana pada 22/8/13 pagi tuh kami ada sesi pengenalan bersama pengurusan kolej, cara-cara mengendalikan mesyuarat, etika pemakaian dan sebagainya.

23/8/13 jam 1.00 pagi kami bertolak ke PULAU PANGKOR. Kalau korunk nak tahu aku pengarah program tapi pengarah atas kertas jela, kemain masa presentation kat bhep hari tuh menerangkan tentatif dan pengisian program. Sekali bila dah sampai sana lain jadinya korunk taukk.. tentatif dalam kertas hanyalah bayangan dalam mimpi sahaja..hurmmm




setibanya kami di jeti pangkor

perjalanan diteruskan lagi dengan menaiki feri pulakkk





Misi diteruskan lagi, uolls tahu tak excited gila bila aiolls sampai sana jumpa van kaler pink, cantik taukksss. Comel kan?



kem nie selama 3 hari, penginapan makanan semua memang terbaekk lah! terima kasih pihak pengurusan...tapi yang tak best tentatif weyh..

bila sampai kat sana rupanya fasi kami adalah pegawai dr BHEP En........... siapa kenal dia tahu lah dia tuh siapa.

teruk kami di main-mainkan mental dan psiko. Tapi kami tahu tujuan utama supaya kami erat sesama sendiri bonding yang terjalin supaya macam satu family. Dan pengalaman yang paling terbaik ialah apabila kami diKUNANG-KUNANGKAN pada malam terakhir semua tak tidur. Permainan yang aku tak pernah terfikir sampai ke tahap tuh rentak dia..m emang awesome lah orang yang create game tuh memang aku rasa dipermainkan sangat tau...




macam mangsa banjir dah kan? semua kepenatan weyhh sebab dikunang-kunangkan..apabila tak tidur semalaman ini lah jadinya...

dan banyak lagi pengalaman menarik yang aku dapat iaitu NILAI NILAI NILAI setiap program apa yang kami lakukan mesti kena ada NILAI okayyy.. haaa dan kat pangkor lah first time aku main BANANA BOAT dan ia sangat awesome! kepada kawan-kawan yang tak dapat tuh jangan jelous ye, in shaa Allah next time kita enjoy...apa yang aku harap moga UKHUWAH yang kita JALINKAN BERKEKALAN.

p/s aku doakan rakan-rakan MTM terus kuat dan cekal dalam menempuh setahun memikul amanah ini. Jalankan tanggungjawab kita sebaik mungkin dan pegang kata-kata aku "kalau aku tak buat siapa nak buat?" Dan sentiasa beri tunjuk ajar pada aku serta teruslah membantu satu sama lain demi semangat cintakan kolej :) kepada kawan-kawan lain sokonglah kami dan marilah sama-sama memeriahkan apa jua aktiviti kolej. <3



















inilah ceritera cinta sempena KEM PEMANTAPAN ORGANISASI(KPO) 2 di PULAU PANGKOR bersama barisan MTM KPZ,UPM SESI 13/14. Sekian...

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. wauuu wauuu, pengarah program in da hausee.. tunjuk ajarku sifuuuu gituwww.. haha
    Kenapa plk yg masa present kat bhep tu, tentatif dan pengisian program tu jadik bayangan mimpi? dorg tolak ke?

    ReplyDelete