Sunday, 26 May 2013

BROGA telah ku TAWAN!

Assalammualaikum w.b.t...

Tanggal 24. May.2013 akhirnya Cik Titie telah berjaya mendaki BUKIT BROGA. Alhamdulillah, impian aku telah tercapai, terima aksih pada rakan-rakan ekspedisi mendaki bukit broga seramai 8 orang iaitu firdaus(pemandu arah), yusri(ustaz), naim(tugas-tugas khas), intan(pemandu F1), diba(ajk MASALAH), ummi(photographer), alya(sorakan) dan Cik Titie(protokol). ehhh??? apehal aku protokol pulak tetiba nieh?? kekwatt betol lerr pompan nie kan..hewhewhew bukan apa, i just plan it and make sure benda ni jadi okay...huhuhuhu

Perjalanan kami bermula pada khamis malam jumaat, dengan meninggalkan KPZ pada jam 11 lebih. Kami bergerak ke downtown jalan reko, jenjalan, lepak-lepak, makan-makan, lepas tuh melengahkan lagi masa lepak pulak di mamak. Dan meneruskan perjalanan pada jam 3 pagi bergerak ke BROGA, semenyih...lebih kurang pukul 4 lebih pagi kami sampai disana dan mulakan pendakian kami dengan bismillah. Memang awesome mendaki pagi-pagi buta, uolls bayangkan gelap-gelap kami mendaki?? huhuhu Berbekalkan torch light dan keriuhan kami perjalanan untuk sampai ke puncak mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih.

Macam-macam yang terjadi terutamanya dari ajk masalah, hahaha muntah-muntah nya, dengan pening-pening lalat nya, tapi kami semua have fun saling membantu.Tanpa ajk masalah, perjalanan kami mungkin jadi hambar, haihhh kesian kakak diba kami. Serious aku cakap aku rasa rapat sangat dengan dia orang melalui aktiviti cenggini. Sampai di puncak kami merehatkan diri dengan ala kadar, tapi memang best gilaxx! cuaca yang sangat sejuk, jauh dari kebisingan kenderaan dan dapat melihat kebesaran-Nya. Tujuan utama kami gigih mendaki pagi-pagi mestilah sebabnya nak tengok SUNRISE kan? tapi apakan daya kabus terlalulah tebal, jadinya bukan rezeki Cik Titie. Tapi aku tak kisah sebab impian untuk naik ke puncak akhirnya terlaksana.
\
Selepas keletihan mendaki kami bergerak pula ke sungai tekala..JYEAHHHH! mandi manda di sungai pada pukul 8 pagi?? wowww! bergetaqqq lutut, aku orang pertama terjun, dan of coz lerr i orang pertama yang menggigilkan... so setelah kepenatan kami pun pulang ke kolej. -THE END-
























Aim Cik Titie, setiap sem aku harus pergi mendaki mana-mana bukit yang ada..HOHOHO harapnya impian ini tercapai :). Sekian...

                                     "JAGA DIRI, JAGA HATI, PERKASA PERIBADI"

2 comments:

  1. untung la blh nek ramai2kan. aku nek sne 3 org je kot.

    ReplyDelete
  2. 3 org okay lah, sekurang-kurangnya dah naik..kau g ngan sape je??

    ReplyDelete