Assalammualaikum w.b.t...
1) Semua perbualan perlu BERTUJUAN KEBAIKAN.
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam". ( Direkodkan oleh Bukhari Muslim)
2) JELAS DALAM PERKATAAN.
"Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga mampu difahami oleh semua yang mendengar". (Direkodkan oleh Abu Daud)
3) TIDAK BERBUAL KOSONG dan bercakap besar.
" Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan jauh dariku nanti di hari kiamat adalah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara".
4) TIDAK TERLALU BANYAK CAKAP kerana khuatir membosankan yang mendengar.
"Ibnu Mas'ud r.a. senantiasa mengajar kami setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki : 'Wahai Abu Abdurahman (gelaran Ibnu Mas'ud)! Mahukah tuan mengajar kami setiap hari?' Maka jawab Ibnu Mas'ud: 'Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu,hanya aku khuatir ia membosankan kamu kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kamu". (Muttafaq 'alaih)
5) MENGULANGI KATA-KATA YANG PENTING sekiranya perlu.
Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW jika berbicara, baginda SAW mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda SAW mengucapkan salam tiga kali. (Direkodkan oleh Bukhari)
6) MENGHINDARI UCAPAN YANG BATIL.
"Sesungguhnya seseorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai oleh Allah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat" (Direkodkan oleh Tirmidzi dan dia berkata hadis hasan sahih juga direkodkan oleh Ibnu Majah).
7) MENJAUHI PERDEBATAN SENGIT
"Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat" (Direkodkan oleh Ahmad dan Tirmidzi)
"Aku jamin rumah di dasar syurga bagi mereka yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah dipuncak syurga bagi yang baik akhlaknya" (Direkodkan oleh Abu Daud)
8) Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.
"Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela,melaknat dan berkata-kata keji" (Direkodkan oleh Tirmidzi dengan sanad sahih)
9) MENGHINDARI BANYAK BERGURAU
"Sesungguhnya seburuk-buruk orang yang disisi Allah SWT pada hari kiamat kelak adalah orang yang suka membuat manusia tertawa" (Direkodkan oleh Bukhari)
10) MENGHINDARI MENCERITAKAN AIB orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk.
"Jika seorang menceritakan satu hal padamu lalu dia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya" (Direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dan dia menilai hadis ini hasan).
*artikel ini adalah sekadar perkongsian tulus ikhlas dari Cik Titie, sambungannya in shaa Allah apabila berkesempatan menaip akan published part 2 pulak, heeee nak tahu dari sumber mana Cik Titie dapat nantikan sambungan ke 2 yaa*
"JAGA DIRI, JAGA HATI, PERKASA PERIBADI"
No comments:
Post a Comment