Friday, 1 February 2013

Anak Permata Hati

Assalammualaikum w.b.t...
Hye, salam sejahtera, salam 1 Malaysia (eh apa skema semacam nie). Ok pembaca semua kalau tengok tajuk Cik Titie kali nie, ewah-ewah macam bergelar ibu pulak kan..heee bukan apa Cik Titie terbawa-bawa ke laman lafaz tak terucap nie nak bagi tahu semua yang kita anak-anak ini merupakan permata hati kepada ke dua ibu bapa. Cik Titie nak bagi tahu yang bulan januari 2013 ni sahaja Cik Titie dapat 3 anak buah lelaki, woowwww! happy makk jemahhh...hehehe yang paling best Cik Titie dapat kembar lelaki ni anak buah sebelah ibu dan yang paling best dia lahir time maulidur rasul. Cik Titie suka sangat orang tak pernah dapat kembar kan, lepas tuh rabu kelmarin pulak Cik Titie dapat seorang lagi anak buah lelaki sebelah ayah pulak. Alaaaa sebenarnya anak buah sepupu bukan anak buah betul-betul dari adik beradik Cik Titie sendiri (al-maklumlah Cik Titie nie anak sulung). Walaupun anak buah sepupu tapi perasaan dia, perghhhhh!!! macam dapat anak sendiri woooo, yela tengok budak-budak yang comel-comel macam mak long dan ibu dia. 0o0o0o0ppppssss terperasan pulak yang ibu tuh sebenarnya Cik Titie lah sebab anak buah sebelah ayah, Cik Titie suruh panggil ibu je..yela tak sabar sangat nak jadi ibu kan. Hammeeekkk kaww usia belasan dah jadi ibu comel tak?? HAHA


Ok, berbalik kepada tajuk asal sebenarnya sempena hari jumaat yang mulia ini pada tanggal 2.Februari.2013  Cik Titie terasa nak post yang berilmiah sikit.  Setiap anak yang dilahirkan ini adalah fitrah dimana fitrah ini Cik Titie belajar dalam pengenalan pembangunan manusia (kos Cik Ttitie) bermaksud sesuatu yang bersih, baik dan suci (maksud panjang tak ingat lah). Jadi anak-anak yang baru lahir adalah dalam keadaan suci bersih oleh itu memetik hadis riwayat Bukhari dimana "setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi". Oleh yang demikian, para ibu bapa adalah pendidik utama kepada anak-anak dalam mencorakkan kehidupannya. Ibu bapa merupakan role-model kepada mereka. Justeru ibu bapa haruslah bersikap positif dalam mendidik (eh macam nenek-nenek dah bagi nasihat).


Sempena dapat anak buah lelaki jadi Cik Titie nak bagi pesanan kepada anak-anak lelaki diluar sana dan anak buah Cik Titie sendiri bahawa anda adalah pemimpin yang besar tanggungjawabnya. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari “Orang LELAKI adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka dan perempuan penjaga ke atas rumahtangga dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka.” Oleh itu, kepada lelaki-lelaki diluar sana jadilah pelindung kepada ahli keluargamu, terutama kaum yang lemah seperti kaum wanita dan tegakkanlah agamamu ke jalan yang benar kerana kamulah pejuang masa hadapan. (hehehe serious pulak kan ayat Cik Titie).


Kesemua ibu bapa secara naturalnya menginginkan anak-anak yang soleh “..Jika sekiranya engkau memberi kami anak yang soleh tentulah kami akan selalu bersyukur” (al-A`raf ayat 189) dan di dalam hadis riwayat Muslim “apabila mati anak Adam terputus darinya melainkan tiga perkara anak soleh, ilmu bermanfaat dan sadaqah jariah”. Akhir sekali, apa yang ibu, mak long dan Cik Titie harapkan agar mari bersama-sama kita menjadi anak yang soleh yang menjadi kebanggaan kedua ibu bapa serta anak yang taat kepada ibu bapa, dan agama. Moga kita saling nasihat-menasihati dalam ke arah yang terbaik itu. Sekian, wasalam...
Si kembar  Ahmad Uwais Haazim & Ahmad Umair Haadif.
 (moga anak maklong  abang dan adik membesar dengan sihat)

Yeayyy!!! yang ini anak ibu. Ibu doakan moga jadi anak yang soleh.
Namanya belum ada lagi..hehe

                             "JAGA DIRI, JAGA HATI, PERKASA PERIBADI"

No comments:

Post a Comment